Friday, 24 February 2012

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Kami di Kolej Komuniti Kuala Terengganu sebagai pihak penganjur East Coast Eco Challenge mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan bagi semua bentuk sokongan, kerjasama dan bantuan dari semua pihak samada agensi kerajaan, swasta, NGO serta individu dalam menjayakan program ini.


Kami amat mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan dan komen-komen bagi membantu kami memperbaiki dan mempertingkatkan lagi mutu penganjuran pada masa hadapan. Borang soal selidik secara on-line ada bersama-sama diweb ini untuk memudahkan tuan puan memberikan sebarang maklum balas.

Bagi mana-mana peserta kayuhan MTB,Fixie dan juga motorsikal berhias yang belum mendapat sijil penyertaan, boleh berhubung terus kami di Kolej Komuniti Kuala Terengganu - 09-620 4200.

Sekali lagi kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Friday, 3 February 2012





Syarat Dan Peraturan Pertandingan East Coast Eco Challenge (ECEC).

1.  Penyertaan adalah terbuka kepada semua peminat basikal lasak (mountain bike).
2. Pihak penganjur ECEC tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kerosakan, kehilangan harta benda, 
    kecederaan dan kematian yang berlaku keatas peserta.
    KESELAMATAN ADALAH TANGGUNGJAWAB PESERTA.
3.  Peserta adalah diwajibkan memakai topi keledar dan memakai kasut semasa menyertai acara kayuhan.
4.  Hanya basikal lasak (Mountain bike) sahaja yang dibenarkan menyertai .
5.  Peserta hendaklah memastikan basikal dan alatan kelengkapan yang digunakan adalah dalam kondisi yang
    optimum dan memuaskan.
6.  Peserta telah memahami dan sedar tahap kesukaran laluan cabaran.
7.  Penganjur berhak meminda atau membuat sebarang perubahan pada acara yang difikirkan perlu bagi    
    meningkatkan kualiti dan keselamatan penganjuran.


PENDAFTARAN DAN PENGAMBILAN  NO PENYERTAAN.

TEMPAT: 


DEWAN SIVIK KG. ATAS TOL, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN.

TARIKH: 
22.2.2012

MASA   : 
3.00 PTG – 6.00 PTG

Untuk pertanyaan hubungi: 
09-620 4200


MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN EAST COAST ECO CHALLENGE - ECEC. Borang yang telah siap diisi perlu dihantar melalui e-mail / pos atau faks ke sebelum 22 Febuari 2012:


Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Jalan Tengku Ampuan Marim
20200 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel : 09 - 620 4200
Faks : 09 - 620 4203

E-mail : ecec@kkktu.edu.my

Bilangan Pengunjung :
Site Counter




Visitors to Website