Friday, 24 February 2012

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Kami di Kolej Komuniti Kuala Terengganu sebagai pihak penganjur East Coast Eco Challenge mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan bagi semua bentuk sokongan, kerjasama dan bantuan dari semua pihak samada agensi kerajaan, swasta, NGO serta individu dalam menjayakan program ini.


Kami amat mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan dan komen-komen bagi membantu kami memperbaiki dan mempertingkatkan lagi mutu penganjuran pada masa hadapan. Borang soal selidik secara on-line ada bersama-sama diweb ini untuk memudahkan tuan puan memberikan sebarang maklum balas.

Bagi mana-mana peserta kayuhan MTB,Fixie dan juga motorsikal berhias yang belum mendapat sijil penyertaan, boleh berhubung terus kami di Kolej Komuniti Kuala Terengganu - 09-620 4200.

Sekali lagi kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

No comments:

Post a Comment

Sebarang Pertanyaan Dan Kekeliruan Berkaitan Program Ini Boleh di Panjangkan Melalui Ruangan Dibawah